Wednesday, June 30, 2010

SAMBUNGAN CERITA ISRA' MIKRAJ 1431H

.... sambungan kuliah isra' mikraj

Lepas asar semalam, tak sempat lagi menyambung cerita isra' mikraj, sehingga malam. Malam tadi, sambil makan saya bercerita kepada anak anak kisah yang diceritakan ustaz pada paginya. Ada manafaat juga kita, orang bukan ustaz ni hadir kekuliah, boleh cerita kepada anak-anak, kalau tak berkuliah kepada orang lain pun........

Tiba-tiba saorang anak saya bertanya...' mana kita tahu kita dah kena tipu oleh syaitan? kita rasa molek dah apa yang kita buat, comel dah dan itulah yang sepatutnya kita kena buat?'........ saya kata, kita kenalah kenal yang mana bisikan syaitan, yang mana petunjuk dan perintah Rasulullah, dan Allah, dan ini kenalah berilmu, kalau tidak berilmu kita dan siapa saja akan ditipu syaitan. Tapi ingaaat, orang yang berilmu pun kena tipu juga, berapa ramai para ustaz, ada yang bertitel Dr, Prof, dan sebagainya pun kena tipu juga sebab dia tak ikut apa yang diajarkan oleh Rasulullah, oleh Allah subhanahu wataala. Sebagai contoh, saya kata, Rasulullah sabda, 'alaikum bil jamaah, tapi ada lebai, ustaz, Dr, Prof atau apa lagi yang rasa dia cerdik, lebih cerdik dari mana-mana orang atau ahli jamaah, lalu dia pun bawa diri sorang.- orang ini dah kena tipu oleh syaitan!......, anak saya mengangguk, faham atau tak mahu memanjangkan cerita tak tahu, fahamlah hendaknya.

Itu belum masuk sambungan cerita isra' mikraj lagi, ini baru nak masuk;

Penegur dari kanan Rasulullah SAW itu adalah yahudi dan dari kiri baginda adalah nasara yang kerjanya juga mengganggu perjalanan para Muslim. Yahudi dan sekutunya tidak akan duduk senang selagi orang Islam tidak ikut telunjuk dan tabiat mereka ......... walan tardha 'an kal yahudu wan nasara, hatta tattabi'amil latahum......... maka pelbagai usaha dan ikhtiarlah dibuat agar umat Islam menjadi pak turut mereka.

Antaranya mereka menggunakan 3F - food, makanan, fashion, fesyen dan fun, hiburan. Nah, ada kah siapa-siapa yang rasa bebas atau selamat dari serangan 3F ini. (3F ni bukannya fund for food, satu skim pinjaman oleh bank tuu!)

Makanan dizaman globalisasi ini datangnya dari seluruh dunia global kedunia glokal. Ada yang made in itu dan made in ini, ada yang dicop halal sehingga katanya, kata ustaz dalam kuliahnya semalam itu, dijumpai daging babi yang ditinkan dicop halal!. Aduuh, kata saorang kawan saya yang kalau dari segi umurnya berpangkat ayah,........ 'agaknya, dengan umur saya ni, kalau dihimpun himpun dah cukup sekor babi yang dah dimakan......'. Patutlah, tak ramai manusia muslim yang mampunyai keperibadian muslim yang sabenarnya......, mungkin disebabkan oleh makanan yang haram yang telah menggelapkan perut dan hati mereka itu. Apa cara kita untuk mengelakkan kita, anak isteri dan keluarga kita dan seluruh orang Islam selamat dari makanan haram ni?

Pernah satu ketika anak saya yang bongsu (stakat ini), membawa pulang buku halal haram dan setiap makanan yang hendak dimakannya dirujuk dulu buku itu. Waah, banyak benda yang haram dimakan, akhirnya sekarang, buku itu hilang dan kami tengok copnya saja, yang ini halal betul dan yang ini halal buat sendiri. Yang ada halal betul (dari segi designnya) kami makan dan biarlah mereka yang bertanggung jawab mengenai halal-haram itu yang menanggung dosanya kalau makanan itu haram. (Bolehkah atau lepaskah tanggung jawab atau taksir saya dengan perpendirian begitu?)

F yang kedua, fesyen. Ini penat juga. Penat tak penat, kata pengkuliah, kalau kita memandu kereta, beringatlah, jangan leka sangat bila terserempak dengan anak-anak muda yang berboncengan jantan-betina atas motorsikal didepan kereta kita kerana yang sibetina yang dibelakang motorsikal itu memakai seluar yang menampakkan seluar kecilnya, atau ujung sulbinya. Yang peliknya, sekali sekala dia menarik-narik baju kecilnya, tak tahu samada untuk menutup seluar kecil atau ujung sulbinya atau untuk menarik perhatian anda yang memandu dibelakang mereka.

Dah jadi trend atau fesyen bagi ramai anak remaja perempuan sekarang bertudung kecil, seluar yang sama sendat dengan kulit dan berbaju kecil berlengan pendek. Aduuh, apa dah jadi ni......, kerap kali saya bila berserempak dengan makhluk saperti ini, terlintas diotak saya, ada mak pak kah manusia ini, atau mak pak nya pun serupa dengan dia juga, tak tahulah, wallaaahuaklam.

F ketiga, fun - hiburan. Yang ni 24 jam disediakan. Tok guru bermuka empatsegi sedia memberi khidmat bila-bila masa. Pak menteri yang jaga tok guru bermuka empatsegi ni pun tak tahu bahawa dia akan ditanya diakhirat nanti tentang apa yang dibuatnya dengan tok guru ni, apakah dengan nya dia mengajar rakyatnya ilmu yang berguna, atau menyampaikan pesan yang baik, atau semakin menyesatkan rakyatnya. Kamu akan bertanggung jawab wahai YB!.

Ada lagi, acapkali handfon saya dimasuki mesej menawarkan gambar gambar hiburan, terkini, pagi tadi ...... 'aksi panas ........ regstrn free..... klik xxxx......' dan macam-macam lagi - kerja siapa ni?, dengan kecanggihan teknologi glokal yang ada di Malaysia ini tak bolehkah sipeniaga sesat dan menyesatkan ini di kenakan hukuman takzir, saya cadangkan diikat dipokok yang banyak kerengga selama 24 jam atau bertaubat, yang mana terdahulu.

Wanita tua berhias itu adalah dunia. Dunia ini sudah tua dan menunggu saat noktahnya. Bila-bila masa saja lagi. Umpama musim bola piala dunia ini, saat masa kecemasannya pun dah nak habis. Refree boleh dikatakan dah menarik nafas untuk tiup wisel penamat. Tapi masih berhias dia. Perhiasan ini akan mempersonakan orang yang tak perasan segala-galanya akan berakhir sekejap saja lagi.

Dan, yang akan menggantikan dunia yang akan berakhir ini adalah akhirat yang tak akan berakhir, kekal selama-lamanya. Disana manusia akan dihisab apa yang telah dilakukan didunia ini. Kalau dibottom linenya positif, bahagialah dia dan kalau bottom linenya negatif, merah atau dalam breket, deritalah dia, waliyya zubillah kita dari menjadi orang yang kedua ini ya Allah!.

Setakat tu dulu, ada kesempatan, boleh tulis lagi, insyaallah.

....... FASA KEDUA JADI BLOGGER

FASA KEDUA JADI BLOGGER, Menjelang Rejab, 1431H/Jun, 2010

Telah sekian lama berhenti mencatatkan apa-apa dalam blog ni. Mulanya disebabkan oleh kandungan blog saya dulu tu tak ujud, bila dibuka pun tak ada, tak boleh di ekses.... tak tahulah mengapa.

Tiba-tiba anak-anak bertanya kenapa saya tak lagi mengupdatekan blog saya. Saya kata blog saya tu disappear, dia orang kata ada. Saya buka dan ada balik, alhamdulillaaah. Mungkin Allah subhanahu wataala memberikan peluang untuk saya menulis sesuatu yang insyaallah akan mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat untuk saya, ahli-ahli saya dan seluruh makhlukNya lagi. Molek jugak lah, kebaikan ni, hendaklah kita berpesan-pesan kepadanya, dan berlumba-lumba mendapatkannya. Semoga catatan saya yang lepas, ini dan akan datang ada bersamanya kebaikan yang dapat dimanafaatkan bersama.

Hari ini, Rabu, 17 Rajab, 1431H bersamaan 30 Jun, 2010.

Pagi tadi ada majlis isra' mikraj di pasar berhampiran rumah saya. Berbetulan hari ini hari pasar disini, penuh ruangan kosong medan depan pasar tu dengan kemah-kemah dengan pelbagai barang jualan. Orang pun ramai datang membeli belah.

Majlis diadakan dalam surau kecil depan pasar. Atas surau ada sekitar 20 orang muslimin dan beberapa orang muslimat (saya tak jengok dan bilang mereka)

Ustaz penceramah memulakan dengan perbandingan israk mikraj Nabi Besar Muhammad SAW yang menjadi ejekan mushrikin Mekah yang pada mereka peristiharan Baginda ini merupakan pengesahan bahawa Muhammad ini sabenarnya sudah betul-betul kehabisan modal, penipu, dan confirm something wrong ini dengan saekor anak sepilai (ikan laga) yang diambil oleh sesaorang, dibawa keKuala Lumpur dengan penerbangan Air Asia, kemudian esoknya dibawa balik dan dilepaskan semula kebecah (paya) tempat asalnya itu, dan anak sepilai ini pun berceritalah kepada anak-anak sepilai lain bahawa dia telah ke Kuala Lumpur semalam dan sekarang berada bersama anak-anak sepilai dibecah yang sama, dalam tempuh tak sampai 24 jam. Maka dibangkit lawaklah akan kenyataan anak sepilai itu oleh anak-anak sepilai yang lain. Itulah perumpamaan manusia yang tidak mempercayai kekuasaan Allah yang boleh melakukan apa saja walaupun diluar munasabah manusia...., jangan jadi anak sepilai becah yang tak pergi ke Kuala Lumpur itu!.

Isra' dan Mikraj Rasulullah benar berlaku. Ini diconfirm dengan ayat al-Qur'an. Orang beriman wajib percaya.

Satelah dibawa Rasulullah yang bermalam dirumah Ummu Hani kedepan Kaabah, Jibril membelah dada Rasulullah, dibersehkan hati baginda dengan air zam-zam dan dimasukkan ilmu dan iman, dibawa kenderaan yang dikenali dengan Buraq. Buraq besar dari kaldai, kecil dari himar, yang satu ketika dulu saya pernah tengok gambar yang difremkan oleh orang tua-tua yang berbentuk badan kuda, bersayap dan bermuka manusia, wanita cantik. Ustaz kata, kalau jumpa lagi gambar itu, itu bukan Buraq, itu adalah dewa yang mungkin dalam kepercayaan Hindu dan yang pasti itu bukanlah gambaran Buraq dan tidak ada kena mengena dengan peristiwa agung isra' mikraj ini dan minta dengan tuan gambar itu dan bakar sebab itu bukanya Buraq yang dijadikan kenaikan Rasulullah SAW untuk Isra' Mikraj.

............. panjang sikit tulisan kali ini, sebab lama tak tulis, dan ada modal hari ini.............

Dalam perjalanan, Rasulullah dikejar jamong api, Jibril kata, jangan hiraukan ia. Kemudia Baginda disapa dari kanan, Jibril ingatkan jangan hirau, teruskan. Lepas itu ada pula yang meminta Rasulullah dari sebelah kiri baginda agar baginda berhenti sabentar dan Jibril terus mengingatkan agar baginda terus juga perjalanan. Kemudian banginda bertemu dengan saorang wanita tua yang memakai berbagai perhiasan, sekali lagi Jibril mengingatkan agar baginda teruskan perjalanan.

Kemudian, direngkaskan cerita, Jibril menjelaskan segala-galanya, jamong api itu adalah Ifrit - Iblis dan Syaitan yang akan mengganggu umat. Dia telah dapat lesen besar dari Allah Subhanahu Wataala untuk memesongkan manusia, umat Islam. Tujuan mereka adalah untuk menggoda manusia agar bersama-sama mereka kufur terhadap Allah dan menjadi ahli neraka. Manusia ni kalau dah kufur, lebih dari syaitan lagi. Iblis pernah menggeleng kepala bila manusia yang bergelar Firaun meletakkan dirinya sebagai "ana rabbakumul a'kla" - aku tuhan yang maha tinggi. Iblis geleng kepala, kata iblis, kufur setara aku pun tak mengaku tuhan...., iblis masih mengaku tuhan adalah Allah yang maha agung, cuma dia engkar, oleh kerana sombong, angkuh, dan tak mahu dia sujud kepada Adam, walaupun itu adalah untuk mematuhi perintah Allah.

Jadi kita kena kenal iblis, syaitan dan yang sewaktu dengannya. Ustaz kata mujurlah Rasulullah tidak berhenti bila diikuti jamong api ifrit, kalau tidak makin ramai yang kena tipu oleh mereka. Dalam tak berhenti pun, nak kata ramai mana yang telah, sedang dan akan kena tipu oleh syaitan. Memang ramai, yang melihat jahat itu baik, keji itu mulia, buruk itu molek, dan sebaliknya, baik itu jahat, mulia itu keji, molek itu buruk. Maka jadilah apa yang sedang terjadi yang semua kita boleh lihat sekarang. Tak tahulah apa lagi yang akan jadi masa depan bila lebih ramai lagi yang kena tipu oleh syaitan...........

Setakat ini dulu, nak kemasjid, solat asar, sambung bila ada kesempatan lepas ni pulak, insyaallah.