Dalam perjalanan pulang dari salah satu kenduri (pernah kalau musim kenduri ada sampai belasan jemputan kenduri sehari) semalam saya bersama saorang kawan singgah untuk menyempurnakan solat 'asar disabuah masjid.
Selesai azan, para makmum bersembahyang sunat. Ramai juga orang datang sembahyang jamaah dimasjid ini. Ada jugalah beberapa orang yang dalam perjalanan macam saya singgah, tapi saya tengok diantara masjid yang ramai secara perbandingannya anak mukim datang untuk solat jamaah bagi solat-solat waktu adalah masjid ini.
Selesai solat sunat ba'diyah, imam mengambil mikrofon dan mengumumkan "Malam ini nisfu Sya'aban, malam ini lepas kita solat Maghrib kita baca Yaasin, kemudian lepas Isya' kita adakan sedikit majlis makan. Mintak para makmum balik ni bagi tahu orang rumah, malam ni kita ada buat makan dan saya minta masing-masing pakat bawalah apa-apa ala kadarnya untuk kita buat majlis itu malam ini"
Tambahnya lagi, " Dan esok, kita pakat berpuasa. Puasa sunat hari nisfu Syaaban ini amat besar fadhilatnya. Besarnya fadhilat puasa nisfu Syaaban ini, sehingga ikan-ikan dilaut pun berpuasa hari nisfu Syaaban ni. Insyaallah kita pun berpuasa esok". Diulanginya dua kali pengumunan itu, kemudian muazzin qamat dan solat 'asar.
Saya tidak tahu ada ka tidak nas dan dalil pengumuman diatas (saya mengalu-alukan respon anda). Walaubagaimana pun, sampai saya dirumah, saya menyampaikan pula kepada ahli rumah saya, dan mengistiharkan esok kita berpuasa sunat nisfu Syaaban.
Dinihari tadi kami bersahur ala kadar. Ada sikit lagi nasi lemak lebihan makan malam tadi dan sedikit nasi puteh. Isteri hanya rebus telur, tumis sambal nasi lemak tadi masih cukup untuk bersahur dan kami, (saya, isteri, satu anak lelaki, dan tiga anak perempuan, termasuk anak bongsu - setakat ini, yang darjah dua itu) pun bersahur.
Hari ini Insyaallah puasa sunat kami dapat teruskan dengan mengharapkan ada ganjaran hasanah dari Nya, tak apalah, kami orang awam ini disamping mengerjakan taat terhadapnya, mengharapkan hasanah dalam masa yang sama. Bagi yang bertaraf wali atau menghampiri taraf itu, amalan taat mereka hanyalah diserahkan kepadaNya, bagi mereka melaksanakan segala itu adalah tugas dan kewajipan mereka. Bagi Allahlah apa yang akan ditentukanNya.
Saturday, August 16, 2008
Hari Keempat: Musim Kenduri Tiba Pula
Alhamdulillah, sekolah mula cuti seminggu. Saya menyusun kad jemputan kenduri kawin, beberapa puluh untuk sessi ini, dipapan putih pula saya masukkan tarikh dan dirumah siapa kenduri pada hari itu, ada yang kad jemputan kendurinya dimemasukkan perkataan "keyukuran" dan ada yang memasukkan perkataan "kemajlis walimatul urus", kedua-duanya mempunyai konotasi yang tersendiri. Saya juga memasukkan perkataan itu kepapan putih kerana persiapan untuk menghadirinya berbeza-beza. Orang Melayu sama-sama memahaminya.
Saya hari ini kemajlis kenduri kahwin anak sulung saorang kawan seangkatan. Saorang tetamu semasa tiba mengucapkan tahniah kepada tuan rumah dan mengalu-alukan kemasukan kawan saya itu kekelab orang-orang tua.
Kawan saya ini seumur dengan saya, 52 tahun, cuma dia kahwin pada umur lebih muda dari saya, dan anak sulungnya lebih tua dari anak sulung saya, menyebabkan saya belum dapat menantu lagi. Namun saya juga terasa terajak kekelab orang-orang tua oleh tetamu itu kerana umur saya juga sejumlah itu.
Memang patut pun, dengan umur yang melangkah keangka lebih setengah abad, kalau tak ada orang ajak pun, memang dah masuk breket itulah sesiapa yang berumor sebanyak itu. Cuma, bila secara rasmi diajak kekelab itu, terlintaslah bahawa sesungguhnyalah, aku dah masuk ahli kelab orang-orang tua.
Kalau dah jadi ahli kelab ini, tentunya tak lama lagi akan jadi ahli kelab orang-orang meninggal dunia pula, yang pada adatnya lebih dahulu daripada orang yang belum menjadi ahli kelab orang-orang tua ini. Dan, sabelum menjadi ahli kelab orang-orang meninggal dunia itu, sudah cukupkah sumbangan saya menganggotai kelab orang-orang tua ini?. Sudah cukup hasanahkah saya sumbangkan didunia ini, kepada diri, emak-ayah yang kedua-duanya telah meninggal, (aku hadiahkan Suratul al-Ikhlas untuk kedua-dua mereka), ahli-ahli keluarga, masyarakat, bangsa, anak-anak muda, dan semuanya.
Kemudian, untuk menjadi ahli kelab orang-orang meninggal dunia pula, sudah cukupkah persiapan yang perlu supaya nanti menjadi ahli kelab yang berhasanah?.
Aduhai.. belum lagi!, Ya Allah, berikanlah hambamu ini kesempatan, kemudahan, cara dan pertolongan untuk aku menyempurnakan tanggungjwabku agar aku menjadi makhluk yang mendapat hasanah didunia dan hasanah diakhirat!

Wednesday, August 13, 2008
Muqaddimah kealam blogger
Alhamdulillah, maka bermulalah satu episod dalam hidup dengan menjadi saorang blogger. Tidak ada tujuan lain selain daripada nak berpesan-pesan kepada yang haq, menyuruh yang makruf, menghindari yang mungkar, bertolong-tolongan kepada kerja-kerja kebaikan dan taqwa, mencegah kejahatan dan mempromosi serta berlumba-lumba kepada sesuatu yang baik.
Tentunya segala-galanya berpaksi dan rujukan mutlaqnya adalah kebenaran yang dibawa oleh Rasul yang agung, Muhammad S.A.W, dan firman Allah S.N.W.
Dan, untuk itu, saya membuka seluas-luasnya kepada anda semua untuk sudi menyumbangkan kepada tulisan saya ini, asal saja ianya bertujuan yang sama, semoga segala apa yang kita buat didunia ini menjadi manafaat untuk hidup dan dalam masa yang sama merupakan bekalan yang berharga untuk dibawa keakhirat nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)