Alhamdulillah, sekolah mula cuti seminggu. Saya menyusun kad jemputan kenduri kawin, beberapa puluh untuk sessi ini, dipapan putih pula saya masukkan tarikh dan dirumah siapa kenduri pada hari itu, ada yang kad jemputan kendurinya dimemasukkan perkataan "keyukuran" dan ada yang memasukkan perkataan "kemajlis walimatul urus", kedua-duanya mempunyai konotasi yang tersendiri. Saya juga memasukkan perkataan itu kepapan putih kerana persiapan untuk menghadirinya berbeza-beza. Orang Melayu sama-sama memahaminya.
Saya hari ini kemajlis kenduri kahwin anak sulung saorang kawan seangkatan. Saorang tetamu semasa tiba mengucapkan tahniah kepada tuan rumah dan mengalu-alukan kemasukan kawan saya itu kekelab orang-orang tua.
Kawan saya ini seumur dengan saya, 52 tahun, cuma dia kahwin pada umur lebih muda dari saya, dan anak sulungnya lebih tua dari anak sulung saya, menyebabkan saya belum dapat menantu lagi. Namun saya juga terasa terajak kekelab orang-orang tua oleh tetamu itu kerana umur saya juga sejumlah itu.
Memang patut pun, dengan umur yang melangkah keangka lebih setengah abad, kalau tak ada orang ajak pun, memang dah masuk breket itulah sesiapa yang berumor sebanyak itu. Cuma, bila secara rasmi diajak kekelab itu, terlintaslah bahawa sesungguhnyalah, aku dah masuk ahli kelab orang-orang tua.
Kalau dah jadi ahli kelab ini, tentunya tak lama lagi akan jadi ahli kelab orang-orang meninggal dunia pula, yang pada adatnya lebih dahulu daripada orang yang belum menjadi ahli kelab orang-orang tua ini. Dan, sabelum menjadi ahli kelab orang-orang meninggal dunia itu, sudah cukupkah sumbangan saya menganggotai kelab orang-orang tua ini?. Sudah cukup hasanahkah saya sumbangkan didunia ini, kepada diri, emak-ayah yang kedua-duanya telah meninggal, (aku hadiahkan Suratul al-Ikhlas untuk kedua-dua mereka), ahli-ahli keluarga, masyarakat, bangsa, anak-anak muda, dan semuanya.
Kemudian, untuk menjadi ahli kelab orang-orang meninggal dunia pula, sudah cukupkah persiapan yang perlu supaya nanti menjadi ahli kelab yang berhasanah?.
Aduhai.. belum lagi!, Ya Allah, berikanlah hambamu ini kesempatan, kemudahan, cara dan pertolongan untuk aku menyempurnakan tanggungjwabku agar aku menjadi makhluk yang mendapat hasanah didunia dan hasanah diakhirat!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment